Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: Panduan Penulisan Kajian Tindakan

27 Mei 2014

Panduan Penulisan Kajian Tindakan

1.0          PENDAHULUAN
Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
2.0          KERTAS
                2.1          Saiz        :  A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
                2.2          Warna:  Putih
3.0          PENAIPAN
                3.1          Jenis Huruf:         ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify
                3.2          Selang Baris:  DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau digunakan
untuk Abstrak danTerjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3          Ukuran:  Ukuran Muka Surat seperti berikut:     
·         Atas       :               2.5 cm daripada jidai atas
·         Bawa     :               2.5 cm daripada jidai bawah
·         Kanan:                  2.5 cm daripada jidai kanan
·         Kiri          :               4.0 cm daripada jidai kiri
                                Peringatan:
                                                         i.      Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.
                                                       ii.      Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.
                                                      iii.      Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.
                                                     iv.      Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.

                3.4          Format Am         :Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali                 subtajuk.
3.5          Nombor Halaman            :
                                                                                                   i.      Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.
                                                                                                 ii.      Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut:   i, ii, iii, iv …….

Peringatan:halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.
                                                                                                iii.      Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….

Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.
4.0          CETAKAN
Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilidhendaklah pada sebelah kanan.
5.0          PENJILIDAN
5.1          Serahan                    Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah            untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua)      hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis      biasa SAHAJA.
Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.
5.2          Penduaan           :       Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3          Warna                  :       Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengankulit jenis “buckram” dan bertulisan emas.  Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).
6.0          KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN
6.1          Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut:
·               Judul lengkap penyelidikan 
·               Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan
·               Penyataan tujuan penyelidikan
·               Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar
·               Bulan dan Tahun diserahkan
Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik)dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm daripada birai bawah.



6.2   Tulang Kulit

Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:
Nama IPG (singkatan)
Nama Calon
Ijazah
Tahun
Contoh:

5.0 cm                                                                                                      
           IPG KSAH        MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR      PISMP      2012
5.0 cm

7.0          FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format Penyelidikan Tindakan.               
8.0          SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN
Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:
                8.1          Kertas Kosong
                8.2          Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh padaLampiran B.
8.3          Halaman Pengakuan Penulis
        Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan.  Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis.Sila lihat contoh padaLampiran C.
8.4          Halaman Dedikasi (Pilihan)
        Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.  Sila lihat contoh padaLampiran D.
8.5          Halaman Penghargaan (Pilihan)
                Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian.  Sila lihat contoh padaLampiran E.
8.6          Abstrak
                Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.  Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja.  Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan.  Sila lihat contoh padaLampiran Fdan G.
8.7          Halaman Kandungan
                Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam penyelidikan.  Sila lihat contoh padaLampiran H.
8.8          Halaman Senarai Jadual
                Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan ini.  Sila lihat contoh padaLampiran I.
8.9          Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta.  Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut.Sila lihat contoh padaLampiran J.
8.10        Halaman Senarai Lampiran
                Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a.            Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran.  Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran.
b.            Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran.  Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh padaLampiran K.
8.11        Teks
a.            Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan.  Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b.            Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan.  Elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.



















c.         Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan




2.5 cm
Contoh halaman kandungan
2.5 cm
 



ISI KANDUNGAN




4 baris
 



Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ISI KANDUNGAN
v
SENARAI LAMPIRAN
vi
SENARAI JADUAL
vii
SENARAI RAJAH
Viii
ABSTRAK
Ix
ABSTRACT
X
4 cm
2.5 cm
1.0
PENDAHULUAN
1

1.1
Pengenalan
1

1.2
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
2




2.0
FOKUS KAJIAN

3

2.1
Isu kajian
3

2.2
Tinjauan dan Analisis Masalah


3.0

OBJEKTIF KAJIAN

4.0
SOALAN KAJIAN

5.0
KUMPULAN SASARAN

6.0
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

7.0
KAEDAH PENGUMPULAN DATA

8.0
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

9.0
DAPATAN KAJIAN

10.0
RUMUSAN DAN REFLEKSI

11.0
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN-LAMPIRAN










***Perhatian: Kandungan di atas hanya contoh sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI