Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: 2011

13 Disember 2011

JADUAL PEPERIKSAAN DISEMBER 2011 PGSR SEM 6

19 Disember 2011      8.30 a.m-11.00 a.m   
                                   PJM 3112 
                                   ( PENGURUSAN DAN               
                                     PENTADBIRAN PJSS)


20 Disember 2011      8.30 a.m - 11.00 a.m  
                                   PJM 3114
                                   ( PENDIDIKAN JASMANI 
                                     SUAIAN )


21 Disember 2011      8.30 a.m - 11.00 a.m 
                                   PKE 3104 
                                   ( PROGRAM KESIHATAN 
                                    SEKOLAH )


21 Disember 2011      2.30 p.m -5.00 p.m 
                                   PSK 3103 
                                  ( PENDIDIKAN SIVIK & 
                                   KEWARGANEGARAAN)


===============================


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 6.

28 November 2011

Lawatan Balas Bengkel Pengurusan Pengelolaan Pertandingan Permainan Hoki & Badminton

Bengkel Pengelolaan Permainan Hoki & Badminton
Tarikh : 28 November 2011
Tempat : IPG Tuanku Bainun,Bukit Mertajam,Penang
Masa : 12.00 - 10 malam

06 Oktober 2011

Amali PJ Suaian

Taklimat ringkas dari PK Pendidikan Khas mengenai perjalanan program

Membuat pemerhatian ke atas pengajaran PJ murid-murid seramai 18 orang

Peralatan yg digunakan seperti gelung rotan,bola kecil,pundi kacang dan skital.


                                                         Murid yang tidak mahu terlibat dalam PJ

Sesi temuramah dengan PK Khas,dan guru-guru Pendidikan Khas.

Sesi pengajaran PJ oleh peserta PGSR PJ>>>

03 Oktober 2011

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHAP 1 2011

Subjek Jawi dijalankan seminggu lebih awal.....
Kepada semua guru sesi petang diharap dapat menyiapkan kertas soalan masing-masing dan serahkan kepada penyelia petang untuk semakan 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan.
Segala kerjasama semua guru-guru diucpkan dengan terima kasih...

26 September 2011

Amali PJ Suaian dan Bina Insan Guru Siri 4

Makluman kepada semua geng PGSR PJ IPG KSAH:

Satu ujian AMALI PJ SUAIAN (PJM 3106 ) akan diadakan pada tarikh 6 Oktober 2011 bersamaan dengan hari Khamis jam 8.00 pagi. Semua ahli hendaklah mendaftarkan diri di IPG pada hari Rabu 5 September jam 2.00 petang untuk tujuan persiapan sebelum ujian amali dijalankan. Pakaian akan ditentukan oleh setiausaha kelas( akan di sms nanti ).
Sila rujuk jadual kerja dengan pengarah projek iaitu Encik Hadzeri Manap dan En Khatta Jamaluddin.
Sila uruskan cuti tanpa rekod masing-masing sebelum hadir ke IPG.
Surat siaran akan diupload kemudian.
Manakala BIG Siri 4 pula akan di adakan pada 7,8 dan 9 Oktober 2011 di SK Seputeh,Selama,Perak.

Pakaian:
5/10/11 : Pakaian bebas
6/10/11 : Baju baru dgn track baru
7/10/11 : Baju merah dgn track hitam
8/10/11 : Baju biru muda dgn track biru
9/10/11 : Baju BIG biru lengan pendek dgn track kelabu

Sekian terima kasih........

13 September 2011

Ciri Iklim Sekolah Berkesan Dan Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

IKLIM SEKOLAH
Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti
seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Ciri Iklim Sekolah Berkesan 5 Kurikulum (1981) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang
baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan.

Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:
(1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,
(2) guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,
(3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan
(4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang
berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya
yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu
mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh
mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara
sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi
pelajar-pelajarnya

19 Ogos 2011

JADUAL INTERAKSI PGSR OGOS /SEPT 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Maaf  Zahir & Batin
Dari :
Yassin ,Rose,Afiq & Amir

23 Jun 2011

BIG 3 ( FORUM 1 MURID 1 SUKAN )

Satu Forum 1 Murid 1 Sukan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya anjuran kelas PGSRPJ Ambilan Nov 2008.
Ini adalah julung-julung kalinya satu forum melibatkan pegawai dari Kementerian Pelajaran dibawa ke IPG KSAH.
Matlamat forum dianjurkan adalah untuk memberikan kefahaman yang jelas mengenai dasar 1M1S ini kepada pelatih-pelatih IPG KSAH.
Seramai 4 kelas Major PJ telah terlibat di dalam forum ini.
Forum ditamatkan pada jam 1 tengahari.

13 Jun 2011

PERHATIAN

SEMUA FILE TIDAK BOLEH DIAKSES DISEBABKAN MASALAH TEKNIKAL......HARAP MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.....

08 Jun 2011

LAWATAN SOSIAL KE SK KHIR JOHARI,

Satu lawatan sosial telah diadakan pada 7 Jun 2011 ke SK Khir Johari,Sg Petani, Kedah pada jam 9.00 pagi.Tujuan lawatan ialah bagi mendapatkan maklumat awal dan kebenaran bagi menjalankan projek bagi subjek PJM 3114 PJ Suaian.
Ketua projek bagi PJ Suaian ini ialah En Hadzeri Bin Abd Manap.Kunjungan seramai 5 orang,En,Hamidon bin Hamdzan,En Khatta bin Jamaluddin,En Yassin bin Erang dan En Nizam bin Mohamed telah disambut oleh Tuan Guru Besar SK Khir Johari iaitu En Razduan Bin Md Desa
Projek pj suaian ini dirancang akan diadakan pada 23 Jun 2011 jam 8,00 pagi.

04 Jun 2011

SEHARI BERSAMA GURU CEMERLANG PSK

Satu ceramah oleh guru cemerlang PSK dianjurkan oleh PGSR PJ IPG KSAH Ambilan Nov 2008 ,bertempat di Hotel Seri Malaysia,Sg Petani,Kedah....
Ceramah disampaikan oleh Pn Jhanthini a/p Shantanasegaran dari SMK Merbok,Kedah
Banyak info menarik telah dikemukakan oleh guru cemerlang tersebut.
Tiga bengkel telah dijalankan oleh beliau

Berita bergambar .......

28 Mei 2011

B.I.G SIRI 2 PGSRPJ IPG KSAH

Siri ke 2 Bina Insan Guru kumpulan  PGSRPJ telah dilaksanakan pada hari Sabtu bersamaan 28 Mei 2011 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.
Siri ke 2 BIG ini kumpulan kami membuat aktiviti gotong royong membuat padang hoki dan trek balapan IPG KSAH.
Seramai 24 orang telah terlibat dimana 3 kumpulan terlibat dalam aktiviti:

19 Mei 2011

JADUAL INTERAKSI PGSR PJ SESI MEI/JUN 2011

Belajarlah Rajin-rajin selama 14 hari ini.Semoga ilmu yang diperolehi mendapat berkat.

12 Mac 2011

Interaksi Semester 5

Selamat Kembali .Tahniah kepada semua kerana lulus dan berjaya meneruskan 
pengajian untuk semester 5.
Diharap kepada semua akan bertambah tekun dan rajin untuk mengikuti 
program PGSR PJ ini.
Tahniah sekali lagi.
Bagi semester 5 subjek-subjek berikut akan kita belajar ialah seperti berikut:

1. PJM 3110 - Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani ( En Sofri bin Ahmad )
2. PJM 3111 - Permainan Bola Tampar & Bola Baling ( En Junaidy bin Mohamad Hashim/En Zulkifli bin Ahmad )
3. PKE 3103- Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan ( En Madiyalagan a/l Sathappan )
4. PSK 3102 - Teori Pembelajaran dan Penilaian ( Dr Mallar Muthiah )
5.WAJ 3107 - Seni Dalam Pendidikan ( Pn Faridah Abd Rahman/En Nazli bin Abdullah/Othaya Kumaran

Tugasan KKP bagi semua subjek telah pun diberi. Persembahan bagi SDP akan dibuat pada hari Khamis 17 Mac 2011 bertempat di Dewan Besar IPG KSAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI