Asal Usul Bahasa Melayu
Asal usul
perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun
terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu,
seperti mana berikut:
1.
Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645
Masihi.
Dikatakan
orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan
hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang
mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera ,
daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi
catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan
kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675
Masihi.
4. Dalam
bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara.
Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak
dari Yunan.
Asal Usul
Bangsa Melayu
Dipercayai
berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan
pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke
Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya
Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan
kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke
Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya
orang Melayu di Malaysia
Dikatakan
lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam
bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan
lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki
kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini,
kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa
yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
Nik Safiah
Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam
filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan
Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa
Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan
bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Perkembangan
Bahasa Melayu
Ahli bahasa
membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
- Bahasa
Melayu Kuno,
- Bahasa
Melayu Klasik dan
- Bahasa
Melayu Moden.
Bahasa
Melayu Kuno
Merupakan
keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya
dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua
franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya
di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua
franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
- Bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- Tidak
terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
- Mempunyai
sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi
oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang
kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu.
Bahasa
Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
- Pengaruh
agama Hindu
- Bahasa
Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki
yang tinggi.
- Sifat
bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa
Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
- Batu
bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- Batu
bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Batu
bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Batu
bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa
Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis
dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri
bahasa Melayu kuno:
- Penuh
dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
- Susunan
ayat bersifat Melayu
- Bunyi
b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
- bunyi e
pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
- Awalan ber-
ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- Awalan di-
ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
- Ada
bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
(Contoh: sukhatshitta)
- Huruf h
hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan
Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan
ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara
pada abad ke-13.
Selepas itu,
bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan.
Terdapat
tiga batu bersurat yang penting:
a. batu
bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
- ditulis
dalam huruf India
- mengandungi
prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
- bahasanya
berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu
bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
- masih
memakai abjad India
- buat
pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
Allah dan rahmat
c. batu
bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
- ditulis
dalam tulisan Jawi
- membuktikan
tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga
batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu
kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa
Melayu Klasik
Kegemilangannya
boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
- Zaman
kerajaan Melaka
- Zaman
kerajaab Acheh
- Zaman
kerajaan Johor-Riau
Antara
tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin
al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri
bahasa klasik:
- ayat:
panjang, berulang, berbelit-belit.
- banyak
ayat pasif
- menggunakan
bahasa istana
- kosa
kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih)
- banyak
menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
- ayat
songsang
- banyak
menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa
Melayu Moden
Bermula pada
abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman
bahasa Melayu moden.
Sebelum
penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di
pusat pendidikan Islam.
Selepas
Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan negara.kembali ke skema peperiksaan STPM
Darwis@ ilmu
kemanusiaan
.1 ASAL USUL
BAHASA MELAYU
Apabila kita
ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa
yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana
bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa
itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan
bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita
perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.
Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

1.1.1
Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern
ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and
School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa
Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian
terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada
batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan
Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat
di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa
oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1).
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.
J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa
Melayu Purba
Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.
(a) Orang
Negrito
Menurut
pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku,
Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai
sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang
tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang
Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka
tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan
mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu
Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit
dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang
Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b)
Melayu-Proto
Berdasarkan
pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah,
perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini
kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih
maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat
alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan
mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman
Batu Baru.
(c)
Melayu-Deutro
Perpindahan
penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan
berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai
peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal
kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian
daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi
pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.
Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

1.1.2
Berasal dari Nusantara
Seorang
sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa
yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau
berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada
bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera
(bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi
bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.
J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly,
yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa
Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan
bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini
disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan
perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa
Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan
sahaja.
Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.
Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".
Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.
Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.
Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.
Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.
Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

Pendapat
Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang
diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan
Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama
ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.
Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.
Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.
Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.
Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.
Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga
fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus
Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa
manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan
Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia
yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000
tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang
menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di
Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.
Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan