Sejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia bermula
semenjak zaman pemerintahan Melaka di bawah zaman Parameswara lagi.Dimasa itu
undang-undang yang digubal mempunyai pengaruh dari Hindu dan Islam.Sejarah
penggubalan perlembagaan ini dapat diterangkan dengan lebih jelas melalui garis
masa mengikut kronologi tahun yang bermula dari tahun sebelum 1511 hinggalah
sekarang tahun 2009.
| 
   
TAHUN 
 | 
  
   
PERISTIWA 
 | 
 
| 
   
Sebelum
  1511 
 | 
  
   
·        
  Penemuan
  Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh                                   1303 yang
  mengandungi 10 dharma atau hukum tentang jenayah dan sivil. 
·        
  Hukum
  Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka   
           yang mengandungi fasal-fasal tentang hukum
                      
           keluarga, muamalat, jenayah,
  keterangan dan acara      
          serta syarat-syarat menjadi sultan.
   
 | 
 
| 
   
1511 
 | 
  
   
·        
  Dengan
  kejatuhan Melaka pada 1511 atas tangan  
Portugis undang-undang ini terus mempengaruhi   
negeri-negeri Melayu lainnya seperti yang dapat  
dikesan dalam teks Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Johor, Undang-undang
  Riau  disamping Undang-undang Kedah dan
  Undang undang 99 Perak 
 | 
 
| 
   
1874 
 | 
  
   
          Perjanjian
  Pangkor 1874.  
·        
  British mula berkuasa menentukan
  undang-undang 
mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan 
pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya 
berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat 
Melayu.  Perjanjian Pangkor 20
  Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adaah berkuasa   
penuh dalam semua hal  dan
  bertindak sebagai   
mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat   
daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang 
berkaitan
  dengan Agama dan adat-istiadat Melayu .  
 | 
 
| 
   
1905 
1927 
1946 
1948 
 | 
  
   
·        
  Sebuah badan perundangan pusat yang dikenali          sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan
  (MMP)      ditubuhkanSemua
  undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan
  tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun
  begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan
  Raja-raja Melayu. 
·        
  Melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP
  diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu
  Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan
  MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu
  kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan
  oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri.
  Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan. 
Perlembagaan Tanah Melayu 
·        
  Jepun menyerah kalah dalam perang
  dunia kedua,   British kembali ke Tanah
  Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. 
·        
  Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor
  termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan
  segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan
  Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang
  perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan
  Malayan Union. 
·        
  Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2
  Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai
  kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal)
  untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan
  Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang
  terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan
  Tanah Melayu 1948. 
·        
  Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan
  masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih
  awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya
  sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948. 
 | 
 
| 
   
Mac
  1956 
 | 
  
   
Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk
  yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka
  Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa
  ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya
  pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal
  menjadi Perlembagaan Persekutuan. 
 | 
 
| 
   
Ogos
  1957 
 | 
  
   
Pembentukan perlembagaan telah diluluskan
  pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 
Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan
  bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52
  anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan
  seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan
  Raja-raja. 
 | 
 
| 
   
Julai
  1963 
 | 
  
   
Perjanjian Malaysia ditandatangani di
  London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
  Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu
  undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak
  yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah
  Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan  
satu undang-undang yang dipanggil Akta
  Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah
  diluluskan pada 26 Ogos 1963. 
 | 
 
| 
   
Ogos
  1963 
 | 
  
   
Perjanjian Malaysia ditandatangani di
  London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
  Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu
  undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak
  yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah
  Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang
  dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia
  ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963. 
 | 
 
| 
   | 
  
   | 
 

boleh sya share maklumat ini
BalasPadam