1.0 PENDAHULUAN
Garis
panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan
tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm,
80gsm)
2.2 Warna: Putih
3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf: ‘Times
New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau
digunakan
untuk Abstrak danTerjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
·
Atas : 2.5 cm daripada jidai atas
·
Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
·
Kanan: 2.5 cm
daripada jidai kanan
·
Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri
Peringatan:
i.
Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali
tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.
ii.
Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman
mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya
tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.
iii.
Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh
menggunakan tanda sempang.
iv.
Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi
sekurang-kurangnya DUA baris teks.
3.4 Format Am :Semua tajuk ditaip
dengan huruf besar kecuali subtajuk.
3.5 Nombor Halaman :
i.
Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm
daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama
dengan huruf teks, tanpa hiasan.
ii.
Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul)
hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut
sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….
Peringatan:halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip
pada halaman pertama.
iii.
Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka
numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….
Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip
sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu
ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman
berikutnya.
4.0 CETAKAN
Cetakan pada
sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilidhendaklah pada sebelah kanan.
5.0 PENJILIDAN
5.1 Serahan : Menyediakan
LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk
pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah
dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis biasa
SAHAJA.
Nota: Sebelum
dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah
diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.
5.2 Penduaan : Bagi salinan
berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya
80 g dan ke atas sahaja.
5.3 Warna : Tesis
hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengankulit jenis “buckram” dan
bertulisan emas. Warna kulit adalah
Merah Tua (maroon).
6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN
6.1 Halaman judul mestilah mempunyai
maklumat yang disusun mengikut urutan berikut:
·
Judul lengkap penyelidikan
·
Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan
·
Penyataan tujuan penyelidikan
·
Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat
penulis berdaftar
·
Bulan dan Tahun diserahkan
Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk
Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik)dengan ukuran 5.0 cm daripada
birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm daripada birai bawah.
6.2
Tulang Kulit
Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak
dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan
hendaklah mengikut susunan yang berikut:
Nama IPG (singkatan)
Nama Calon
Ijazah
Tahun
Contoh:
5.0 cm
IPG KSAH
MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2012
5.0 cm
7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan
penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format Penyelidikan
Tindakan.
8.0 SUSUNAN
DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN
Laporan
penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:
8.1 Kertas
Kosong
8.2 Pengesahan Penyelia
Laporan
penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah mendapat
pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh padaLampiran B.
8.3 Halaman
Pengakuan Penulis
Halaman
ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis.Sila
lihat contoh padaLampiran C.
8.4 Halaman
Dedikasi (Pilihan)
Penyataan
dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak
mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.
Sila lihat contoh padaLampiran D.
8.5 Halaman
Penghargaan (Pilihan)
Halaman
ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan dirakamkan
kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang
bantuan dalam penyediaan kajian. Sila
lihat contoh padaLampiran E.
8.6 Abstrak
Abstrak
hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti
terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam kursus
major di muka surat yang berikutnya.
Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak
melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan
penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila lihat contoh padaLampiran Fdan G.
8.7 Halaman
Kandungan
Halaman
kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai tajuk
dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh padaLampiran H.
8.8 Halaman
Senarai Jadual
Senarai ini
mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan ini. Sila lihat contoh padaLampiran I.
8.9 Halaman
Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan
peta. Senarai rajah mengandungi tajuk
rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut.Sila lihat contoh padaLampiran
J.
8.10 Halaman
Senarai Lampiran
Senaraikan
semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan dengan memberi
perhatian kepada perkara berikut:
a. Laporan
penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,
jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk
dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi
menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam
lampiran.
b. Lampiran
boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung
kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk
tertentu. Sila lihat contoh padaLampiran K.
8.11 Teks
a. Teks
dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi tajuk/judul yang
membayangkan kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan
Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh
dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b. Teks
ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan
menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat menerangkan
satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.
c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan
Penyelidikan Tindakan
Contoh halaman kandungan
ISI KANDUNGAN
|
Muka Surat
|
PENGESAHAN PENYELIA
|
|
PENGAKUAN
|
ii
|
DEDIKASI
|
iii
|
PENGHARGAAN
|
iv
|
ISI KANDUNGAN
|
v
|
SENARAI LAMPIRAN
|
vi
|
SENARAI JADUAL
|
vii
|
SENARAI RAJAH
|
Viii
|
ABSTRAK
|
Ix
|
ABSTRACT
|
X
|
1.0
|
PENDAHULUAN
|
1
|
|
1.1
|
Pengenalan
|
1
|
|
1.2
|
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
|
2
|
|
|
|
|
2.0
|
FOKUS KAJIAN
|
3
|
|
2.1
|
Isu kajian
|
3
|
|
2.2
|
Tinjauan dan Analisis Masalah
|
|
3.0
|
OBJEKTIF KAJIAN
|
|
4.0
|
SOALAN KAJIAN
|
|
5.0
|
KUMPULAN SASARAN
|
|
6.0
|
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
|
|
7.0
|
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
|
|
8.0
|
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
|
|
9.0
|
DAPATAN KAJIAN
|
|
10.0
|
RUMUSAN DAN REFLEKSI
|
|
11.0
|
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
|
|
SENARAI RUJUKAN
|
|
LAMPIRAN-LAMPIRAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
***Perhatian: Kandungan di atas hanya
contoh sahaja