Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)

05 November 2013

Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)



Surat Pekeliling TBBK

1. PPP yang layak dinaikkan pangkat pada 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2013 adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan iaitu hanya mengambil kira markah LNPT dan tempoh perkhidmatan sahaja. Mulai 1 Julai 2013, penilaian tahap kecemerlangan dikuat kuasakan selaras dengan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA. BK (S) 255/4/5 Jld. 5 (56) bertarikh 13 April 2012 dan JPA.BK(S) 255/4/5 Jld. 7(13) bertarikh 10 Januari 2013.

2. Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan telah dikuatkuasakan selaras dengan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013 mengenai Pemakluman Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil.4 Tahun 2013 yang bersidang pada 17 Julai 2013.

3. Kenaikan pangkat TBBK dilaksanakan tanpa kekosongan jawatan setelah PPP memenuhi tempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lain termasuk penilaian tahap kecemerlangan oleh Panel Penilai.

4. Kriteria Kecemerlangan ini telah dipersetujui bersama NUTP dan KONGRES dan telah diluluskan oleh LKPPP di JPA.


WAJARAN PEMARKAHAN


Download Borang Penilaian 
1.Borang Kategori 4A : Pegawai DG 41
2.Borang Kategori 1A : Pegawai DG A29-DG 41

Nota : Bagi guru-guru yang terlibat untuk TBBK ini dinasihatkan untuk bersiap sedia bermula dari 3 tahun sebelum penilaian TBBK dilakukan. Segala perancangan dan sijil2,penghargaan,penglibatan,projek yang dijalankan hendaklah disimpan dan dijadikan sebagai evidens.Semoga kerja kita akan bertambah mudah apabila sampai saatnya TBBK itu.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI