Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com

05 Februari 2013

Kemahiran Keibu bapaan (Bahagian 1)




Kemahiran Keibubapaan

Islam memandang keluarga sebagai institusi penting kerana keluarga adalah kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Kepentingan institusi ini jelas apabila Tuhan mewujudkan undang-undang dalam urusan kekeluargaan yang dikenali sebagai Munakahat. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi individu yang baik kerana daripada peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik, daripada keluarga yang baik akan lahir masyarakat yang disiplin dan mantap. Dan daripada masyarakat yang berdisiplin ini akan tertegak negara yang cemerlang dan diredai Tuhan. Pembentukan keluarga penting:

27 Disember 2012

LADAP KSSR TAHUN 3




Senarai Nama Penyampai Subjek KSSR Tahun 3

Tarikh: 27 Disember 2012   Tempat: Makmal ICT  Masa: 8.00 am

1. Pn Hajah Rokayah Bte Ahmad : Taklimat KSSR Tahun 3
2. Pn Nor Azahriah Bte Mohammad : Bahasa Melayu
3. Pn Norsalfarina Bte Othman : Bahasa Inggeris
4. En Ashadi Bin Sarani : Matematik
5. Pn NurolHuda Bte Maswan : Pendidikan Islam
6. Pn Hafizah Bte Homdan : Bahasa Arab
7.En Md Yasin Bin Erang : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
8. Pn Hajah Hamimah Bte Yusuf : Dunia Seni Visual
9. Cik Fulana Hani Bte Hasbollah : Dunia Muzik
10.En Hamdan Bin Hassan : Pendidikan Moral
11. En Sahruddin Bin Salihan : Dunia Sains dan Teknologi
12.En Gobu a/l Muniandy : Bahasa Tamil
13.Pn Hajah Zauyah Bte Ahmad : Penilaian Berasaskan Sekolah
14. Pn Hajah Rohani Bte Ya'cob : Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2015 ( PPIM)

Selamat Menjalani LADAP dan bersedia untuk sesi 2013.......

21 Disember 2012

Transformasi SK Seri Makmur 2013.

Sekolah Kebangsaan Seri Makmur selepas kemasukan Guru Besar yang baru telah melakukan transformasi fizikal yang melibatkan kemudahan asas :

Ini bertujuan untuk mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif yang menjamin mutu perkhidmatan SKSM kepada murid-murid dan komuniti setempat.

Antara transformasi fizikal tersebut ialah :


1. Menggantikan daun-daun pintu kelas yang rosak dan dicat dengan warna oren.


2. Mennggantikan makmal eTems dengan bilik JQAF yang lebih luas dan cantik lengkap dengan mozek.



3. Membaik pulih Tandas Tahun 2/4 .


4. Membuat penambahan membesarkan pejabat pentadbiran. Merubah rekabentuk dan tatarias dalaman pejabat. Sekarang pejabat pentadbiran lebih luas dan cantik. Semua Penolong Kanan mendapat bilik masing-masing termasuk ketua kerani pejabat.


5. Kantin mendapat bangku dan meja yang baru. Bilik makan guru dan dapur kantin juga turut diubahsuai dengan penambahan unit penghawa dingin. Perubahan ke arah ala-ala cafetaria.....


6.Transformasi Bilik Guru . Setiap orang guru disediakan dengan meja sendiri siap dengan tanda nama pada meja.


7. Transformasi Kad Kedatangan secara elektronik menggantikan kad perakam waktu.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI