Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: Kemahiran Keibu bapaan (Bahagian 1)

05 Februari 2013

Kemahiran Keibu bapaan (Bahagian 1)




Kemahiran Keibubapaan

Islam memandang keluarga sebagai institusi penting kerana keluarga adalah kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Kepentingan institusi ini jelas apabila Tuhan mewujudkan undang-undang dalam urusan kekeluargaan yang dikenali sebagai Munakahat. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi individu yang baik kerana daripada peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik, daripada keluarga yang baik akan lahir masyarakat yang disiplin dan mantap. Dan daripada masyarakat yang berdisiplin ini akan tertegak negara yang cemerlang dan diredai Tuhan. Pembentukan keluarga penting:


1- Bagi mengekalkan kesinambungan generasi manusia kerana pengabaian pembentukan institusi    
    keluarga akan membawa kepada kehancuran masyarakat.
2- Bagi memelihara akhlak, tatasusila dan kemuliaan manusia melalui ikatan perkahwinan.
3- Bagi mencapai kebahagiaan, keharmonian, kebaikan, kasih sayang sesama manusia dan 
    kepuasan rohani serta  jasmani.
4- Bagi membentuk masyarakat yang kuat dan mantap kerana individu yang kukuh dan kuat dibentuk 
    oleh ibu bapa.
5- Bagi mencetus dan memupuk semangat pengorbanan, tolong-menolong, kerjasama dan 
    perpaduan dalam jiwa setiap anggota keluarga.

Model ibu bapa yang baik
Islam menetapkan perkahwinan sebagai asas pembentukan keluarga. Tujuan perkahwinan adalah bagi memperoleh zuriat, memelihara kehormatan diri, mencapai kegembiraan hati, ketenangan batin dan sebagai cara menyalurkan cinta, kasih sayang dan tuntutan batin kepada saluran yang betul. Fitrah semula jadi manusia yang dijadikan oleh Tuhan terdiri daripada sepasang suami isteri malah menjadi model ibu bapa yang beriman kepada anak-anak. Antara tanggungjawab keibubapaan adalah:
1- Berdoa kepada Tuhan supaya dikurniakan anak yang soleh sebaik sahaja bernikah.
2- Mengazankan anak lelaki dan mengiqamatkan anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan.
3- Memberikan nama yang baik kepada anak.
4- Menyusukan anak sehingga berusia dua tahun.
5- Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang munasabah.
6- Mendidik anak supaya menjadikan anak yang soleh dan beriman.
7- Memberikan pendidikan yang sewajarnya.
8- Memberi kasih sayang yang secukupnya dan bersikap adil pada anak-anak.
9- Menguruskan perkahwinan anak-anak apabila mereka sudah sampai masa hendak berkahwin.

Bersambung...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI