PERKEMBANGAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DARI MALAYAN UNION HINGGA MALAYSIA TERBENTUK.
Pengenalan
Sejarah
perlembagaan bagi Malaysia dikatakan oleh Mohd. Aris Othman bermula pada 10
Sepember 1877 di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir
Hugh Low menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit
for…. Consideration…. And in the hope at receiving advice and assistance all
important subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats
which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of existing
laws or custum, or be considered of general interest."
Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari melalui perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adaah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu . Secara tidak langsung, bermula 1874 Sultan dan Pembesar Melayu telah hilang kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menanungi.