Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: Ciri Iklim Sekolah Berkesan Dan Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

13 September 2011

Ciri Iklim Sekolah Berkesan Dan Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

IKLIM SEKOLAH
Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti
seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Ciri Iklim Sekolah Berkesan 5 Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang
baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan.

Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:
(1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,
(2) guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,
(3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan
(4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang
berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya
yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu
mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh
mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara
sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi
pelajar-pelajarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI