Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com

24 Jun 2012

 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN


 INOVASI GURU


·         Bawa perubahan
·         Penuhi keperluan semasa
·         Selesaikan masalah
·         Kembangkan bakat pelajar
·         Guna pelbagai bahan
·         Tingkatkan kualiti pendidikan
·         Kecekapan bertambah
·         Jana idea kreatif
·         Tidak membosankan
·         Jadi tempat rujukan
·         Menarik minat pelajar
·         Perlu bersikap terbuka
·         Sokongan pihak pengurusan



 STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN

Definisi
·         Inovasi (asal bahasa Latin) – pembaharuan.
·         inovasi sbgai pembangunan teknologi baru @ aplikasi sst teknologi dlm kegunaan tertentu.
·         Kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sstu masalah & pelauang utk meningkatkan @ memperkayakan taraf hidup masyarakat.
·         Harvard’s Theodore Levitt – innovation is doing new things.
·         Penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.
·         Penghasilan produk @ kaedah yg baru kearah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.
·         Keadaan di mana individu @ kelompok manusia @ sesebuah organisasi memahami, mengetahui & mampu aplikasi daya kreativiti dalam usaha utk:
i.        Membuat kpstsn
ii.       Selesaikan masalah
iii.      Terbit idea
iv.     Hasilkan inovasi (produk, proses & sistem)

Inovasi Dalam pendidikan
·         aktiviti yg melibatkan pembaharuan & perubahan yg positi dalam pelaksanaan kurikulum & aktiviti kurikulum yg berkaitan dgn kurikulum di peringkat sekolah.
·         Hasil cetusan idea yg kreatif dlm aspek kerja utk meningkatkan kualiti & produktiviti organisasi sekolah.
·         Pelaksaan kurikulum – usaha melaksanakan kurikulum melalui baha-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah p&p serta penilaian pembelajaran.
·         Pembaharuan – melalui cara, kaedah. Teknik & pendekatan baru yg meningkatkan pembelajaran.
·         Ambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.
·         Tingkat kecekapan & keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta beri faedah kpd murid.
·         Inovasi dalam p&p harus melibatkan:
i.        Konsep berfikir scra kreatif & kreatif
ii.       Kepintaran kreatif
iii.      Tindakan kreatif
iv.     Factor & elemen yg rangsang kreativiti
v.      Teknik fikir kreatif
vi.     Selesai masalh secara kreatif
·         Guru perlu tahu kebolehan, latar belakang, pengalaman dan keluarga mereka – dpt knal past keperluan & masalah murid.

Tujuan inovasi
·         Menghasilkan produk @ perkhidmatan baru bg para pengguna dgn teknologi sbg terasnya.
·         Melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society), dan Negara kreatif (creative society).

Keperluan inovasi guru
·         Pengajaran lebih menarik
·         Kejayaan kurikulum
·         Kembangkan potensi pelajar
·         Penyampaian nilai



 ADAPTASI PELBAGAI & INOVASI DAN PERUBAHAN

Adaptasi Inovasi Guru
·         Gunakan pelbagai kaedah – bantu murid capai obj p&p.
·         Suaikan dgn keperluan – gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan, kemahiran yg hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai & sikap yg ingin dipupuk
·         Perlu kerjasama semua pihak
·         Proses interaksi – hasil aktiviti guru & murid yg jd elemen utama dlm suasana pembelajaran yg spesifik.

Ciri-ciri pendidik kreatif
·           Keupayaan pelbagaikan kaedah p&p sesuai dgn kebolehan murid – bercerita, main peranan, lawatan , peta minda, inkuiri.
·           Fleksibel & terbuka dalm p&p – sedia terima idea murid, galak murid soal, pemaaf, suka kepelbagaian & kerencaman idea bakat & tingkah laku murid, gemar layan ptayaan murid.
·           Sesuaikan p&p dgn gaya pembelajran murid, tekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan.
·           Guna alat bantuan terkini – computer, perisian (software), internet
·           Suaikan dgn situasi
·           Beri peluang pelajar jana idea
·           Aplikasi dalm pelbagai situasi – kuatkan daya ingatan

Criteria inovasi @ perubahan
i.    Pengurangan kos operasi – cth: jimat borang dlm agensi (2 borang kurangkan jadi 1 borang)
ii.   Penjimatan masa – penggunaan ICT dlam p&p
iii.  Peningkatan hasil kerja – cth: perubahn prosedur periksa kenderaan komersial (JPJ dapt periksa bnyk knderaan)
iv.  Peningkatan dlm tahap kepuasaan hati pelanggan – (penilaian ibu bapa terhadap pengurusan pihak sekolah)

Aspek inovasi dalam pendidikan
i.        Bersifat simple -  berfokus
ii.       Bermula secara kecil-kecilan – tahu matlamat asal, spesifik
iii.      Ciptaan masa kini – guna pada masa sekarang, ada apliksi serta merta.

Prinsip inovasi dalam pengajaran
·         Keputusan berdasarkan matlamat jelas
·         Bantu rakan/berpasukan
·         Kongsi idea
·         Belajar melalui pengalaman
·         Inovasi perlu dicari

Pelaksanaan inovasi dlm pengajaran
·         Kreativiti
Lihat sejauh mana projek inovasi penuhi ciri-ciri keaslian (idea yg asli) & adaptasi (penambahbaikan & pengubahsuaian idea asal).
·         Hasil inovasi
 diukur dgn ambil kira tahap pelaksanaan dan replicability sst inovasi
·         Tahap pelaksanaan
Lihat sejauh mana ia telah berjaya secara penuh (lepasi peringkat percubaan)
Secara percubaan – (di peringkat Prototaip
·         Replicability
Lihat sejauh mana ada ciri replicability dan terbukti blh diguna pakai oleh individu tanpa kos tinggi
·         Impak (outcome)
Dinilai melaui criteria efisen (kecekapan & signifikankan sst inovasi
·         Efisien – sejauh mana berkesan dalam menyumbang kepada peningkatan pendidikan di Negara.
·         Signifikan
Penuhi ciri signifikan, beri impak kpd keberkesanan & kecekapan p&p

Halangan dalam inovasi di sekolah
·         Sikap guru suka berkonfrontasi dgn sekolah
·         Perasaan bimbang
·         Konflik
·         Rasa tidak tenteram
·         Kesukaran guru tukar amalan yg baru
·         Tidak yakin guna alat canggih – elektronik, teknologi computer, telekomunikasi
·         Technophobia (Nigeria) takut pada media elekronik, takaut pda peralatan elektronik, takut peranan guru diambil oleh media

Cabaran pelaksanaan inovasi kurikulum yang berkesan
·         Demografi guru yg berbeza
·         Lokasi sekolah
·         Keupayaan guru dr segi motivasi, sikap, pengetahuan, dan kemahiran tentukan kesediaan guru.
·         Sikap guru (Omar Hashim )
i.    Faktor inesia – rasa selesa & puas hati dgn apa yg dialami (xnak berubah).
ii.   Rasa terancam – xyakin bt sst yg baru
iii.  Masa & kemudahan – tidak ckup masa & kemudahan (elak diri)

Tumpuan dalam teori tahap perkembangan guru (Fuller 1975)
(i)  Tahap tumpuan peribadi
·         Tahap survival, rasa terancam & kurang selamat kerana rasa punyai kelemahan, kurang keyakinan diri, kemahiran & pengetahuan.
·         Persoalan – bentuk penampilan guru, kehendak & keperluan pengurusan sekolah.
·         Sukar laksanakan inovasi – psikologi kurang stabil.

(ii)     Tahap tumpuan tugas.
·         Stabil emosi. Berfikir cara melaksanakan tugas dgn baik spt penyediaan bhn pengajarann, berkerjasama  dgn rakan setugas, & sedia terima info bru ttg tgas. Sedia buat inovasi bila diperlukan.

(iii)    Tahap tumpuan kesan
·         Fikir Implikasi pengajaran & inovaai thdp murid. Prihatin thdap kewajaran aplikasi  yg diajar utuk manfaat murid, guru & masy. Lebh kritis, tahu rasional bt inovasi.

 Tumpuan guru Model Mengatsi Rintangan Perubahan (1978)
i.        Tumpuan tiada berkaitan
·         Kurang beri tumpuan kerana kurang info, inovasi tidak beri kepentingan, kurang ambil tahu

ii.       Tumpuan berkaitan peribadi
·         Fikir ttg kemampuan & sedia bt inovasi. Tumpuan terhadap selfsurvival.
·         Persoalan : Mampukah dari segi kemahiran, kecekapan, pengetahuan & pengalaman, masa, keluarga, waktu senggang.

iii.      Tumpuan berkaitan tugas
·         Laksana inovasi dgn cekap.
·         Tambahbaik kecekapan pengajaran, sedia bhn kurikulum yg menarik, guna media pengajaran secara kreatif & kritis, tarik minat murid, wujud interpersonal.

iv.  Tumpuan berkait kesan
·      Tahap keyakinan tinngi dlm laksana tugas. Inovasi beri impak kpd murid.


Peringkat adaptasi inovasi dalam pendidikan
i.      Individu – dibuat olh guru kreatif melalui timba ilmu, teliti persekitaran, bina idea hasilkan teknologi baru @ baiki kualiti  @ selesai masalah (modifikasi)
ii.     Organisasi – aktif dan Prospektif (cari peluang, kuasai keadaan utk raih keuntungan maksimum).
Organisasi inovatif -  berwawasan, bijak atur strategi


Elemen-elemen asas inovasi dlm organisasi (Kelly Dan Littman (2000).
i.      Kepekaan – peka persekitaran,
ii.     Tingkatkan keselesaan dan kualiti
iii.    Muafakat – perbincangan info & fakta
iv.   Keperluan pelajar  
v.    Asas rintangan – cuba idea unik & ganjil
vi.   Jangkaan – keperluan masa hadapan


Masalah lain dalam inovasi pendidikan
·         Sempadan inovasi terlalu luas @ umum bg dpt persetujuan
·         Kepakaran terhad
·         Kajian secara bersendirian, tidak khusus & berterusan – tiada kesinambungan
·         Kesan sampingan negative ridak dipulihkan – ancam kredibiliti inovasi
·         Sokongan tdk konsisten
·         Wujud perbezaan pendapat
·         Kurang sambutan, banyk kritikan
·         Wujud kekeliruan definisi & keperluan inovasi



Inovasi Dalam  Mendasari Perkembangan Pendidikan
·         Inovasi kurikulum – isi pembelajaran, tema, aspek pembelajran, reka bentuk dan gubahan bahn pembelajaran, strategi, pelaksanaan kurikulum

·         Inovasi pengajaran – kaedah, pendekatan, cara, pengurusan, organisasi, perancangan & pelaksanaan pengajaran

·         Inovasi professional – personality, cara & budaya, kecekapan, kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi inovasi

·         Inovasi pemikiran -  perkmbngn minda yg progresif, fikiran terbuka, pembacaan yg kreatif, cetus idea

·         Inovasi persekitaran belajar – suasana & tmpat belajar

·         Inovasi pengurusan – inovasi dlm system pengurusan, hbgan, sokongn, kemajuan pemb, penyelesaian masalah

·         Inovasi teknologi – sumbng kreativiti dalam P&P, pengurusan sekolah.





Peranan Dan Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA



Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini diharapkan akan sekaligus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang berguna. Harapan ini sudah tentu memerlukan didikan dan asuhan ibu bapa dengan kasih sayang.Sehubungan itu, Presiden MBM, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang juga Menteri Besar Selangor berharap agar ibu bapa juga dapat berubah sikap dengan memberi lebih perhatian terhadap anak-anak mereka. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak mereka juga adalah salah satu punca kepada keruntuhan masalah disiplin pelajar. Ini kerana kesibukan tugas menyebabkan ibu bapa sering melepaskan tanggungjawab kepada sekolah mendidik anak-anak mereka memburukkan lagi keadaan.

Kajian-kajian tentang masalah disiplin di kalangan pelajar banyak menunjukkan kecondongan
anak-anak yang melakukan kesalahan berasal daripada keluarga yang:

- tiada kejelekitan (cohesiveness)

- terlalu membiarkan atau terlalu keras dengan disiplin

- kurang penyeliaan

- anak-anak yang banyak masalah ketika di sekolah rendah lagi.


KASIH SAYANG




Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada anak mereka adalah proses pembelajaran yang pertama sekali dialami oleh manusia. Dengan itu, kanak-kanak merasa selesa dan selamat. Sentuhan juga menyebabkan anak-anak ini rasa disayangi. Sentuhan oleh ibubapa ke atas anak-anak ini membolehkan anak-anak ini berasa “relax”dan rasa selamat walaupun mereka sakit dan takut. (Lain Ehmann, 2001) Ramai ibubapa beranggapan yang anak mereka tahu akan ibubapa menyayangi mereka.

Walaupun ibu bapa menyayangi anak-anak namun sukar bagi mereka untuk menyatakan perkataan “I love you” kepada anak-anak. Itulah orang Asia. Menurut Jayesh Maniar (1998), ibubapa patut bukan sahaja menunjukkan kasih sayang melalui gerak geri tetapi juga melalui perkataan. Remaja memerlukan perhatian, penghargaan dan masa daripada ibubapa. Ibubapa patut menerima anak mereka sepenuhnya dan bukannya membandingkan dengan anak orang lain. Kekuatan rasa disayangi boleh menangani masalah disiplin yang dihadapi.

Tanda pemberian kasih sayang yang berkesan ialah apabila anak itu dapat membalas dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada ibu bapa dan seterusnya kepada orang lain, misalnya kepada adik-beradik. Namun, dalam kesibukan harian inilah yang menyebabkan ibubapa mengabaikan anak-anak mereka. Ada segelintir ibubapa yang berpendapat bahawa kasih sayang boleh digantikan dengan kemewahan dan wang ringgit. Contohnya ialah seorang pelajar yang telah disabit kesalahan kerana melanggar disiplin dan guru memberitahu pelajar itu bahawa kesnya akan dimaklumkan kepada ibu bapa. Pelajar itu merayu supaya tidak memberitahu ibu bapa dan meminta pihak sekolah merotannya. Kata pelajar itu: “Saya takut, bapa saya tidak beri elaun mingguan dan merampas motosikal saya.” (Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, Utusan Malaysia, 2005) Remaja ini melihat ayahnya sebagai sumber kewangan dan bukannya sumber kasih sayangnya.

MENGAWAL ANAK



Mengurus dan mengawal tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab yang besar bagi ibu bapa. Cara ibu bapa memainkan peranan masing-masing sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara bagaimana mereka sendiri telah dididik dan diasuh oleh ibu bapa mereka dahulu. Yang penting ialah ibu bapa menyedari akan kesan kepada tindakan-tindakan yang diambil terhadap anak-anak mereka. Misalnya ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menziarahi saudara atau kawan sering melihat anak-anak mereka bergurau dengan anak-anak tuan rumah, atau anak-anak tetamu lain. Gurauan anak-anak kecil itu kadang-kadang menjadi bertambah lasak kerana tiada teguran daripada ibu bapa masing-masing.

Kononya budak-budak memang lasak dan cergas, walaupun kejadian itu berlaku di hadapan mata sendiri. Ketegasan ibu bapa menegur dan mebetulkan keadaan yang sedemikian serta-merta akan memberi kesan yang berpanjangan kepada anak-anak itu. Sebaliknya, jika anak-anak itu dimarahi hanya apabila sudah balik, atau dua tiga hari lagi dirotan kerana memalukan emak, bapa, maka kesanya amat sedikit, malah akan memberi kesan sampingan yang lain pula. Ketegasan ibu bapa menegur kesalahan anak dengan serta merta amatlah penting dalam proses mendidik anak dari kecil. Ia harus dilakukan dengan konsisten supaya lama-kelamaan mesej yang hendak disampaikan itu tertanam di dalam lubuk hatinya. Proses ini dinamakan proses penghayatan atau ‘interalization’.


Kini, kita boleh menyaksikan lebih ramai ibu bapa muda yang mempunyai anak kecil, mengurus dan mengawal anak-anak mereka dengan cara yang lebih liberal. Maksudnya, anak-anak ini dibiarkan menunjukkan pelbagai telatah termasuklah melayani anak-anak lawan ‘bertengar’ dengan ibu atau bapa atau pun menutup sebelah mata setelah mengetahui sesuatu kesalahan telah dibuat. Hakikatnya, tanpa disedari ibu bapa ini sedang menyemai bibit-bibit tingkah laku yang ditegah sama ada dari pandangan agama mahu pun adat ketimuran.

BERKOMUNIKASI


Ibu bapa sentiasa bersaing dengan pihak-pihak lain untuk mendapatkan perhatian anakanak. Cara untuk mendapatkan perhatian ialah dengan mewujudkan talian berkomunikasi yang sihat dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang berasal janggal kalau berbual-bual dengan anak-anak, kononnya ‘tak mahu beri muka’. Jika ibu bapa susah hendak bercakap dengan anak-anak, bagaimana pula anak-anak hendak bercakap sesuatu atau mengadu sesuatu yang penting baginya kepada ibu dan bapa?

Kehilangan peluang untuk berkomunikasi dalam sesebuah keluarga mendorong anak-anak mencari tempat lain untuk mencurahkan perasaan. Orang yang paling mudah menerima kekosongan ini ialah teman-teman sebaya yang sanggup memberi sokongan moral dan simpati. Topik-topik yang sering dibincangkan sesama sendiri secara umumnya sama dikongsi dari segi nilai minatnya, seperti fesyen pakaian, gosip, hiburan, seks dan perkara-perkara yang menyeronokkan.Yang merosakkan ialah apabila anak-anak ini berkongsi pendapat dan mengukuhkan nilai-nilai negatif yang mereka sendiri belum matang memikirkannya.


Oleh itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan memastikan talian komunikasi dengan anak-anak berterusan. Ini bererti ibu bapa mendengar apa yang dicakapkan oleh anak-anak, begitu juga anak-anak mendengar apa yang dicakap oleh ibu bapa. Dengan ini, barulah ibu bapa dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan cuba membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka

14 Jun 2012

Bengkel Panel Pembaca Luar Buku Teks KSSR Tahun 3

Bengkel telah dilaksanakan di Dewan Bahasa dan Pustaka selama 5 hari bermula 11 Jun hingga 15 Jun 2012.
Rasa bangga juga kerana dapat menyumbangkan tenaga ke arah penghasilan buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KSSR bagi kegunaan 2013.

Bangga juga kerana dapat bekerja bersama dengan ketua jabatan PJSS IPG KSAH iaitu Encik Adenan Ahmad ,ketua jabatan PJSS IPG Melaka iaitu Pn Khadijah Tompang dan En Gopal a/l Raman dari sekolah menengah.

Ucapan terima kasih dari kami untuk pihak-pihak yang terlibat terutama kepada DBP dan Cik Ana Suhana dan Cik Zaidah selaku pegawai yang terlibat dalam Panel Pembaca Luar ini.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI