KHAMIS, 20 NOVEMBER 2014 @ 6:32 PM
Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2014.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2014 kepada Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor; Sekolah Kebangsaan Seri Makmur Sabak Bernam, Selangor; Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Johor dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Terengganu. Sekolah berkenaan yang bertanding dalam kategori Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar dan Sekolah Menengah Bandar masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. - BERNAMA