Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: Jun 2013

10 Jun 2013

07 Jun 2013

Status Baru : Selesai Sudah Majlis Konvokesyen PGSR kali ke-3

Raptai : 4 hb Jun 2013
Majlis Konvokesyen : 6 hb Jun 2013
Tempat : Putrajaya International Convention Centre



Alhamdullillah syukur kepada Allah kerana majlis konvokesyen PGSR kali ke 3 telah sempurna dijalankan.Maka kini aku telah pun berjaya menyelesaikan pengajianku selama 4 tahun.Segala penat lelahku mentelaah pelajaran berbalas kini dengan segulung ijazah berada dalam genggaman tanganku.
PICC Putrajaya : Monumen bersejarah yang merakamkan kenangan  terindah buatku selaku mahasiswa


Jika dikenang semula sepanjang perjalananku ini,tidak terduga pun yang aku akan berjaya untuk menghabiskan pengajian ini. Banyak cabaran dan halangan yang terpaksaku tempuhi disepanjang laluan ini.Maklumlah aku terpaksa menghadapi 3 perkara utama yang perlu aku hadapi iaitu tugasan di sekolah yang tidak pernah-pernah habis yang menuntut komitmenku seratus peratus,tanggungjawabku terhadap keluarga,isteri dan anak-anakku yang menghadapi UPSR dua tahun berturut-turut,sentiasa meninggalkan mereka setiap kali tibanya musim cuti sekolah dan menghadapi berbagai tugasan dan assigment ketika berada di Kedah.Kekadang aku terfikir aku tidak mampu untuk menghabiskan pengajianku ini.
Terharu apabila menjadi kebanggaan IPG KSAH  bersama  Tuan Pengarah 


Aku hanya berbuat yang terbaik yang aku mampu untuk ketiga-tiga tanggungjawabku ini.Ketika disekolah aku akan cuba memastikan anak muridku mendapat yang terbaik untuk mereka,segala tugasan akan cuba aku sempurnakan,Sentiasa membuat refleksi akan segala tugas-tugas yang dilakukan dan mencuba yang terbaik aku boleh hasilkan.Kepada rakan-rakan disekolah hanya ucapan terima kasih yang aku boleh aku lontarkan.Walaupun bukan semua memberikan kerjasama namun itu aku jadikan ia sebagai satu dugaan dan cabaran yang perlu aku hadapi kerna aku percaya bahawa setiap musibah itu akan ada hikmah yang terbaik yang Allah sediakan untukku.

Banyak pengorbanan telah dilakukan oleh isteri dan anak-anakku.Seringkali mereka akan tertekan setiap kali tibanya cuti sekolah kerana aku tidak mungkin dapat bersama mereka menghabiskan cuti sekolah bersama kerana aku terpaksa menempuhi pengajianku. Doa dari isteri dan anak-anakku tidak pernah putus buatku mendoakan agar aku berjaya menempuhi setiap peperiksaan semester. Terasa sebak dihati apabila isteriku berdoa dan membuat sembahyang hajat buatku setiapkali aku menempuh peperiksaan. Sewajarnya engkaulah isteriku yang sentiasa berada disisiku disaat kesusahan dan kejayaanku.Terima kasih wahai isteriku......


Ketika berada di kampus pula,pensyarahlah yang banyak memberikan kata-kata semangat buatku untuk menempuh pengajian ini. Setiapkali Puan Marylah yang akan menjadi pakar kaunseling buat kami semua agar tabah dan tekun belajar.Terima kasih kepada semua pensyarah yang memahami situasi kami.Kamulah pensyarah terbaik buat kami semua.Aku hanya berbuat yang terbaik ketika di kampus.Pun begitu ada jua rintangan yang dihadapi dari pensyarah yang seperti tidak memahami situasi kami langsung. Itu semua aku jadikan ia sebagai dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi.Kepada pensyarah-pensyarah yang terasa hati dan tidak dapat menerima pendapatku,aku memohon ribuan ampun dan maaf andai segala tingkahlaku aku mengganggu emosi dan perasaan kalian semua.Tanpa kalian semua tidak mungkin aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik dan mendapat anugerah khas bagi pencapaian akademik Pendidikan Jasmani & Kesihatan seluruh IPG bagi Kohort 1 PGSR PJ.

Terima kasih semua,Ini semua akan menjadi dorongan yang kuat buatku untuk menyambung lagi pengajianku ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadi pendorong untuk anak muridku yang menuntut terus kecemerlangan ini buat mereka..

06 Jun 2013

Kenangan PGSR PJ Sem 1-sem 8

Peserta menyiapkan starting blok acara 100m

Beginilah cara yang betul pasang starting blok,

Kegarisan......

Ujian Amali Kecergasan Fizikal...Lompat Jauh Berdiri

Lihat sapa yang jauh sekali.....

Nak buat apa tu....Lompat tak pakai kasut...

Persiapan bagi ujian amali olahraga...

Memeriksa kasut spike yang dah lanjut usia....

Gaya lontar peluru ......

Kelas Renang di Kolam Renang AIMST

YAH... warm up bang....sebelum cik sofri datang...

kenangan di depan kolam renang AIMST

dULU tak pandai berenang.....sekarang dah ok 


juruletih peribadi renang.......


==============================================================================================



KELAS GIMNASTIK
PN MARY MAGDALENE TEH




Sifu kami Pn Mary Magdalene Teh
Ita dan Ani buat imbangan skala
 Imbangan Skala depan
 Imbangan Bahu
 Bang Cop meregang kaki
 Dekam


 Ramai-ramai mendekam
 dekam Cina
 dekam berpasangan
 dekam perempuan


 berehat seketika
 dirian kepala






 ansur maju dirian kepala










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI