Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: Januari 2014

13 Januari 2014

Sejarah Perkembangan Perlembagaan Malaysia

PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DARI MALAYAN UNION HINGGA MALAYSIA TERBENTUK.


Pengenalan
Sejarah perlembagaan bagi Malaysia dikatakan oleh Mohd. Aris Othman bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for…. Consideration…. And in the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest."
Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari melalui perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adaah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu . Secara tidak langsung, bermula 1874 Sultan dan Pembesar Melayu telah hilang kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menanungi.

Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia



Sejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia bermula semenjak zaman pemerintahan Melaka di bawah zaman Parameswara lagi.Dimasa itu undang-undang yang digubal mempunyai pengaruh dari Hindu dan Islam.Sejarah penggubalan perlembagaan ini dapat diterangkan dengan lebih jelas melalui garis masa mengikut kronologi tahun yang bermula dari tahun sebelum 1511 hinggalah sekarang tahun 2009.


TAHUN

PERISTIWA







Sebelum 1511








·         Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh                                   1303 yang mengandungi 10 dharma atau hukum tentang jenayah dan sivil.

·         Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka  
           yang mengandungi fasal-fasal tentang hukum                    
           keluarga, muamalat, jenayah, keterangan dan acara     
          serta syarat-syarat menjadi sultan.


1511
·         Dengan kejatuhan Melaka pada 1511 atas tangan
Portugis undang-undang ini terus mempengaruhi  
negeri-negeri Melayu lainnya seperti yang dapat
dikesan dalam teks Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Johor, Undang-undang Riau  disamping Undang-undang Kedah dan Undang undang 99 Perak
 






1874

          Perjanjian Pangkor 1874.
·         British mula berkuasa menentukan undang-undang
mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan
pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya
berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat
Melayu.  Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adaah berkuasa  
penuh dalam semua hal  dan bertindak sebagai  
mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat  
daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang
berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu .





1905









1927













1946
















1948

·         Sebuah badan perundangan pusat yang dikenali          sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP)      ditubuhkanSemua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.
·         Melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.
Perlembagaan Tanah Melayu
·         Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua,   British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union.
·         Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

·         Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
·         Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.





Mac 1956

Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.


Ogos 1957

Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.



Julai 1963

Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan
satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.





Ogos 1963
Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI