Please Wait....Loading....Ke Laman Perkongsian ILMU yasinerang.blogspot.com: Ogos 2010

30 Ogos 2010

kemerdekaan negara ke 53

MERDEKA!!!!!!!! MERDEKA !!!!!!!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!!




Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun.

Semoga kebebasan dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini akan kekal hingga ke anak cucu kita.

Rasailah erti nikmat dapat hidup bebas di negara bertuah kita ini

Malaysia

23 Ogos 2010

wawasan 2020

WAWASAN 2020.


Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

22 Ogos 2010

LOGO DAN TEMA 1MALAYSIA

LOGO


KETERANGAN LOGO

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

20 Ogos 2010

Selamat Menyambut 10 malam terakhir Ramadan

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.

“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]

TONGGAK 12

ELEMEN TONGGAK DUA BELAS

Dasar Kependudukan

DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK



Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.

Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.

dasar pendidikan kebangsaan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.


Latarbelakang

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran
di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa
mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk
mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak
negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan
(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan
ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latar Belakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

11 Ogos 2010

PUASA DI BULAN RAMADAN

Hari pertama berpuasa memanglah amat meletihkan terutama bagi anak-anak kecil.Lihatlah gaya anak-anak sekolah seri Makmur berpuasa di hari pertama .Nampak sangat mereka keletihan.Tapi demi menyahut seruan Ramadan mereka tabahkan hati juga untuk sampai waktu berbuka. Syabas ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

kemahiran komponen pengajaran

PSIKOLOGI SUKAN

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

CABARAN PEDAGOGI